Denggi melanda Indonesia

Last Updated on

Kerajaan Indonesia mengambil langkah-langkah kritikal bagi mengawal pembiakan nyamuk aedes

JAKARTA, 28 Januari – Lebih 100 di Indonesia meninggal dunia akibat demam denggi.

Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah kematian tertinggi direkodkan di wilayah Jawa Timur dengan 41 kes disusuli 13 di Sulawesi Utara dan 12 di Nusa Tenggara Timur.

Ia turut merekodkan kira-kira 9,634 kes denggi di 372 bandar dan kabupaten ketika musim hujan baru-baru ini.

Beberapa wilayah termasuk Jawa Tengah, Jakarta, Sulawesi Selatan dan Kalimantan Timur juga menyaksikan peningkatan ketara kes denggi. Pada Sabtu lalu, empat wilayah, bandar Kupang, Manggarai Barat, Kapuas di Kalimantan Tengah dan Sulawesi Utara turut mengisytiharkan kecemasan akibat denggi.

“Terdapat kemungkinan kes itu akan meningkat pada Februari dan Mac bergantung kepada langkah pencegahan yang diambil,” kata Pengarah Penyakit Zoonosis dan Penyakit Bawaan Vektor, Siti Nadia Tarmizi.

Sinar Online memetik laporan Jakarta Globe bahawa di Jawa Timur, kes denggi telah meningkat 47 peratus sehingga 1,634 berbanding 1,114 pada Januari 2018.

“Kami cuba mencegah penularan denggi dengan menghapuskan tempat pembiakannya dan meningkatkan kempen penyertaan masyarakat,” kata Ketua Agensi Kesihatan di wilayah itu, Hari Santoso.

Leave a Reply