Itu fitnah : Dr Maszlee

Last Updated on

Info grafik yang tersebar di laman sosial

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu 16,000 penjawat awam bakal kehilangan kerja seperti mana satu ‘info grafik’ yang tular di laman sosial.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak untuk tidak terpengaruh dengan perkara yang bersifat fitnah serta tidak menyebarkan maklumat palsu.

“Saya nasihatkan kepada para netizen agar tidak terpengaruh dengan info grafik yang bersifat satu fitnah itu dan tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan kepada orang lain.

“Ini kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kerisauan dalam kalangan penjawat awam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Susulan info grafik yang tular itu, Maszlee menerima kecaman daripada pelbagai pihak kerana dikatakan tidak sensitif berhubung perkara itu.

Terdahulu, seramai 16,000 penjawat awam dilaporkan akan kehilangan pekerjaan selepas kerajaan memutuskan untuk untuk melaksanakan kawalan saiz perkhidmatan awam. Keputusan itu selaras dengan dasar baharu kerajaan bagi mengelakkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan. – Sinar Harian

Leave a Reply