Lagi provokasi di Baitulmaqdis

Last Updated on

Menteri Kebudayaan dan Sukan negara haram Israel, Miri Regev berjalan di sekitar Kota Lama

BAITULMAQDIS – PALESTIN. Israel laknatullah terus melakukan provokasi di tanah milik umat Islam di Baitulmaqdis. Seorang menteri Israel telah melakukan lawatan ke Baitulmaqdis Timur manakala sekumpulan pelampau Yahudi pula mencemari kesucian Masjid al-Aqsa.

Semalam, agensi berita Ma’an melaporkan Miri Regev yang merupakan Menteri Kebudayaan dan Sukan dilaporkan melawat ke sekitar jalan di Kota Lama tersebut bersama jurugambar kononnya untuk mempromosikan kempen politik beliau menjelang pilihan raya Parlimen pada April depan selepas ia dibubarkan pada Disember lalu.

Dalam insiden berasingan, kira-kira 40 pelampau Yahudi diiringi polis Israel menceroboh masuk pekarangan al-Aqsa.

Pengarah masjid ketiga paling suci orang Islam itu, Sheikh Omar al-Kiswani berkata, pihak berkuasa rejim Zionis turut melarang kakitangan Jabatan Yayasan Islam dari memasuki kawasan al-Aqsa untuk menjalankan tugas mereka.

Sementara itu, beberapa saksi mendakwa polis Israel juga menahan dan mengasari beberapa remaja Palestin di sekitar
kawasan terbabit. – Sinar Harian

Leave a Reply