Sekolah terjejas banjir ditutup di Sabah

Last Updated on

7 sekolah ditutup akibat banjir

KOTA KINABALU – Sebanyak tujuh sekolah termasuk sebuah sekolah menengah ditutup akibat banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mistirine Radin ketika dihubungi di sini hari ini berkata sekolah yang ditutup itu melibatkan seramai 1,989 murid dan 173 guru di daerah Sandakan dan Pitas.

Beliau berkata sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sualok, SK Binsulung, SK Sungai-Sungai dan SK Tampat di daerah Sandakan manakala di daerah Pitas melibatkan SK Sosop, SK Kusilad dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2.

Katanya selain terjejas banjir, ada juga sekolah yang dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu SK Pamol di daerah Sandakan, SK Ranau di Kota Marudu dan SK Pekan Pitas 2, Pitas. – Sinar Harian

Leave a Reply