Bomba bersiap siaga di lebuh raya sempena raya

Last Updated on

Nordin Pauzi (tiga dari kanan) ketika melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2019 di Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Anggota Bomba akan meronda di lebuhraya sempena musim perayaan bagi memastikan mereka tiba ke lokasi kejadian dengan segera.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPMKL), Nordin Pauzi berkata pihaknya akan berada di beberapa kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kemalangan jalan raya.

“Kawasan strategi yang salah satunya kawasan yang mempunyai pecutan ataupun kelajuan yang tinggi dan juga kawasan yang menjadi tumpuan seperti di tol dan sebagainya,” katanya.

“Kita ada pihak PLUS dan JKJR yg membantu menyalurkan maklumat kepada kita, jadi kita tidak hanya bersedia di balai,” jelas beliau ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2019 di Tol Sungai Besi pagi tadi.

Leave a Reply