Enam pemancing dikhuatiri hilang

Last Updated on

Enam pemancing yang dikhuatiri hilang keluar menggunakan sebuah bot fiber sejak pagi semalam. – GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Enam pemancing dikhuatiri hilang selepas keluar memancing dari Jeti Tanjung Berembang, di Nibong Tebal, sejak pagi semalam.

Menurut Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun kesemua mereka keluar menggunakan sebuah bot fiber berjalur merah, biru dan hitam pada kira-kira jam 8.00 pagi.

Bot berkenaan dikendalikan seorang lelaki yang dikenali Khairul Anwar bersama lima lagi pemancing warga tempatan.

“Abang kepada salah seorang pemancing membuat laporan polis selepas adiknya tidak pulang dan gagal dihubungi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Hamizan berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus aduan diterima awal pagi tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *