Cubaan seludup pelarian Rohingya

Last Updated on

Pelarian Rohingya menyelamatkan diri daripada dibunuh terpaksa berhadapan dengan risiko penipuan sendiket pemerdagangan manusia – Foto Sinar Online

BANGLADESH, 12 Februari – Pasukan keselamatan Bangladesh menghalang cubaan sindiket pemerdagangan manusia untuk menyeludup masuk 22 pelarian Rohingya ke Malaysia melalui bot, menurut pihak berkuasa, semalam.

Sinar Harian melaporkan Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) menemui 11 wanita dan 10 kanak-kanak bersama seorang lelaki di perkampungan di pantai Teluk Bengal berhampiran sempadan dengan Myanmar pada Ahad lalu.

Kesemua mereka dikenakan bayaran AS$1,200 (RM4,882) setiap seorang untuk menaiki bot kecil dan meredah perjalanan berbahaya itu.

Menurut ketua BGB, Asadud Zaman Chowdhury, ramai wanita Rohingya terpedaya dengan sindiket tersebut dan dipaksa menjadi pelacur.

Pihak berkuasa kini bimbang lebih ramai pelarian Rohingya akan menaiki bot ke Malaysia memandangkan keadaan Teluk Bengal tenang sehingga akhir Mac depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *