140 penduduk haram ceroboh masjid Al-Aqsa

Last Updated on

Pagi semalam, sekali lagi sekumpulan penduduk haram Israel dengan diiringi polis telah menyerbu dan menceroboh masjid Al-Aqsa.

Agensi berita Quds Press memetik kenyataan daripada Jabatan Islamic Awqaf Baitulmaqdis, Polis Israel telah membenarkan 43 orang penduduk haram Israel memasuki masjid Al-Aqsa pagi Selasa bagi melaksanakan ritul Talmud.  

Pada waktu yang sama, 83 penduduk daripada pelbagai intitusi agama yahudi dan universiti turut menceroboh masjid al-Aqsa sambil diiringi polis Israel.  

Israel menempatkan ramai pegawai polis di perkarangan masjid Al-Aqsa bagi menjaga keselamatan para penceroboh sehingga mereka meninggalkan kawasan tersebut melalui pintu al-Silsila. – Al-Quds Foundation Malaysia

Leave a Reply