4 remaja Palestin cedera ditembak tentera zionis

Last Updated on

Gambar hiasan

Empat remaja Palestin cedera semalam petang apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan secara aman di sempadan Gaza.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza, kejadian berlaku di kem pelarian al-Bureij yang terletak di kawasan tengah Gaza. Dua antara mereka mengalami kecederaan serius.  

Wartawan Pic melaporkan sekumpulan remaja Palestin berarak di pagar kawasan sempadan timur kem sambil membakar tayar dan mercun. – Al-Quds Foundation Malaysia

Leave a Reply