‘Hero’ demonstrasi ves kuning bakal dipenjara

Last Updated on

Gambar hiasan

PARIS, 13 Februari – Seorang bekas petinju yang dirakam menumbuk pegawai polis ketika demonstrasi ves kuning di Paris dibicarakan hari ini, dan bakal berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Menurut Sinar Harian yang memetik laporan agensi AFP, rakaman turut menunjukkan Dettinger menyepak salah seorang pegawai polis yang terjatuh.

Christophe Dettinger, 37, seorang bekas juara tinju kebangsaan dirakam melepaskan beberapa tumbukan terhadap dua pegawai polis ketika perhimpunan ves kuning berhampiran Sungai Seine pada 5 Januari lalu.

Insiden tersebut menimbulkan kemarahan dan kerajaan menyifatkannya sebagai contoh perlakuan ganas oleh penunjuk perasaan ves kuning sejak protes bermula pada November tahun lalu.

Namun, sesetengah penunjuk perasaan menganggap Dettinger sebagai hero kerana berani menentang pihak polis.

Tunjuk perasaan ves kuning meletus susulan bantahan kenaikan cukai bahan api yang kemudian bertukar kepada protes anti kerajaan dan gaya kepimpinan Presiden Emmanuel Macron.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *