Puteri Thailand mohon maaf kepada rakyat

Last Updated on

Puteri Ubolratana memohon maaf kerana mencetuskan masalah. – Foto AFP

KUALA LUMPUR – Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana memohon maaf kerana ‘mencetuskan masalah’ kepada rakyat Thailand menjelang Pilihan Raya Umum negara itu yang dijadual berlangsung pada 24 Mac depan.

Menurut laporan Sinar Online yang memetik Reuters, permohonan maaf tersebut dinyatakan dalam laman Instagram beliau, semalam.

Terdahulu, Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn mengecam keputusan kakaknya untuk menyertai pilihan raya kerana tidak wajar golongan monarki terlibat dalam politik.

Ekoran teguran Raja Thailand itu, Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak menggugurkan nama Puteri Ubolratana daripada senarai rasmi calon yang bertanding jawatan perdana menteri, dan turut mempertimbangkan pembubaran parti Thai Raksa Chart kerana menamakan Puteri Thailand berkenaan sebagai calon mereka dalam pilihan raya bulan depan.

Undang-undang pilihan raya melarang penglibatan monarki dalam kempen politik.

Pilihan Raya Umum 24 Mac depan dijangka menyaksikan pertembungan antara Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha dan penyokong bekas perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan ketika rampasan kuasa pada 2006.

Leave a Reply