180 kilogram daun ketum ditemui dalam serbuan

Last Updated on

Daun ketum yang ditemui dalam sebuah rumah di Tumpat, semalam. FOTO: SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah kayu di Tumpat yang dijadikan transit penyeludupan daun ketum diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, dalam serbuan jam 2.30 petang itu, daun ketum bernilai RM12,600 yang disorok di dalam rumah tersebut di Kubang Pak Itam, Pasir Mas ditemui.

Ketika serbuan dibuat, tiada sesiapa di dalam rumah yang tidak bernombor itu, kata Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd Rudzuan Ahmad.

“Selepas menggeledah rumah ini, kami menemui 180 kilogram daun ketum bertaburan di atas lantai.

“Daun ketum tersebut siap dibungkus didalam plastik lut sinar dipercayai untuk diseludup ke Thailand,” katanya.

Menurut beliau lagi, pihaknya menunggu di kawasan berdekatan untuk memerhati jika ada individu atau kumpulan ke rumah itu, namun selepas beberapa jam, tiada individu muncul untuk mengambil barangan tersebut.

Justeru itu beliau percaya rumah itu hanya dijadikan transit atau tempat simpanan sementara sebelum daun ketum diseludup masuk ke Thailand.

Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas PPM Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *