Kos haji RM 9,980 kekal

Last Updated on

Kos bayaran haji bagi 1440H kekal RM 9,980. Kerajaan akan menanggung subsidi RM12,920 bagi setiap jemaah haji Muassasah buat kali pertama.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan subsidi haji bagi jemaah haji Muassasah kekal ada dan kos menunaikan haji kali pertama kekal sebanyak RM9,980.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, TH berusaha menanggung subsidi lebih daripada RM306 juta meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Jumlah ini susulan peningkatan kos haji tahun ini sebanyak RM22,900 seorang berbanding RM22,450 pada musim haji tahun lalu, katanya.

Jumlah subsidi pada tahun ini sebanyak RM 12,920.00.

Namun begitu, subsidi haji ini hanya diberikan kepada Bakal Haji yang Terpilih bagi tahun semasa di mana tahun peruntukan adalah tahun ini 1440H/2019M dan yang menunaikan haji buat kali pertama secara Muassasah.

Bagi pengiring atau yang merayu dan berjaya, dengan maksud mereka pergi menunaikan haji lebih awal dari tahun peruntukan adalah tidak layak mendapat subsidi haji ini.

Leave a Reply