Zionis roboh rumah rakyat Palestin

Last Updated on

Kekejaman zionis terhadap penduduk Palestin tidak pernah terhenti – Foto Sinar Harian

BAITULAHAM, 14 Februari – Rumah milik keluarga Palestin berhampiran tembok pemisah di bandar Beit Jala musnah dirobohkan jentolak Israel, semalam.

Pemilik rumah berkenaan, Muhammad Mousa Zreineh berkata, tentera Zionis menyerbu dan mengasari ahli keluarganya sebelum menjalankan kerja-kerja perobohan.

Tambah Zreineh, ini adalah kali kedua keluarganya hilang tempat tinggal selepas Israel memusnahkan rumahnya pada 2016.

Menurut Sinar Harian yang memetik laporan agensi berita, rejim Israel kerap menggunakan alasan membina tanpa permit untuk melaksanakan perobohan ke atas rumah penduduk Palestin secara berterusan.

Leave a Reply