Dua rumah warga Palestin diroboh serentak oleh zionis

Last Updated on

Taysir (tengah) duduk dihadapan sisa runtuhan rumahnya di kawasan kejiranan Beit Hanina, semalam.

BAITULMAQDIS, 21 Februari – Beberapa buah jentolak Israel memusnahkan dua rumah penduduk Palestin di kawasan kejiranan Beit Hanina di Baitulmaqdis Timur yang diduduki semalam.

Sumber tempatan berkata, rumah berkenaan kepunyaan Taysir Al-Muhtaseb dan anak lelakinya, Shadi.

Ia didiami 10 ahli keluarga terbabit, termasuk kanak-kanak.

Difahamkan selepas rumah mereka diroboh, keluarga itu diusir keluar dari kawasan tersebut.

Berdasarkan laporan Sinar Harian yang memetik liputan agensi berita,  rejim Zionis sering menggunakan alasan pembinaan tanpa permit bagi membolehkannya untuk terus merobohkan kediaman milik rakyat Palestin secara sistematik.

Hampir semua permohonan permit di Kawasan C ditolak pihak berkuasa Israel, memaksa rakyat Palestin membina rumah secara haram.

Leave a Reply