Agong dukacita…

Last Updated on

YDP Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah

PEKAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedih dengan dua kes pembunuhan membabitkan kanak-kanak di daerah ini.

Sultan Abdullah bertitah, kes pertama membabitkan pembunuhan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kampung Tanjung Medang Hilir, baru-baru ini.

Titahnya, kejadian kedua pula membabitkan kes dera sehingga meragut nyawa kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Kampung Batu Balik.

“Selain dadah, kes bunuh yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini merupakan gejala negatif yang saya cukup bimbang.

“Saya mengingatkan semua pihak supaya bukan sahaja mengawasi anak-anak malah ibu bapa yang mungkin mengalami tekanan sehingga menyebabkan kejadian sedemikian berlaku,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada pada Majlis Bersama Penduduk-Penduduk Tanah Kesultanan Daerah Pekan, hari ini. Turut hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan exco kerajaan negeri.

Pada 9 Februari lalu, mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Siti Masitah Ibrahim dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan mengerikan di dalam semak bersebelahan sebuah ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Tanjung Medang Kemahang di sini.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Muhammad Hafiz Abdullah di Kampung Batu Balik meninggal dunia disyaki menjadi mangsa dera bapa tirinya. – Sinar Harian

Leave a Reply