Israel mahu kuasai Bab Al-Rahmah

Last Updated on

Beberapa hari lalu rakyat Palestin berjaya membuka Bab Al-Rahmah sebelum dikuasai semula oleh pihak berkuasa Israel. – Foto Sinar Harian

BAITULMAQDIS – TINDAKAN rejim Zionis mengunci Bab al-Rahma sebelum ia berjaya dibuka semula pada Jumaat lalu sebenarnya bertujuan untuk menguasai bahagian timur Haram al-Sharif yang menempatkan Masjid al-Aqsa.

Israel mahu merealisasikan rancangan mereka untuk membina rumah ibadah Yahudi di kawasan tersebut dan mereka juga menggunakan kunci berbeza pada pintu bangunan tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan al-Quds Malaysia, Dr Sharif Abu Shammalah, rejim Tel Aviv menukar kunci Bab al-Rahma kepada kunci buatan Israel dan ia telah mencetuskan kemarahan penduduk Palestin.

Difahamkan, Israel merancang menguasai kawasan timur masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu di bawah rancangan jahat untuk merobohkan al-Aqsa secara berperingkat.

Al-Quds Foundation melaporan seorang ulama Islam di Kota Suci Baitulmaqdis ditangkap dan ditahan selama tujuh jam oleh polis Israel pada Ahad, 24 Februari lalu sewaktu ketegangan memuncak di kompleks Masjid Al-Aqsa.

Sheikh Abdel-Azeem Salhab, 75 tahun, Ketua Dewan Wakaf Islam yang dilantik oleh Jordan untuk menguruskan tempat suci Islam di bandar tersebut, ditangkap di rumahnya di Baitulmaqdis Timur pada waktu pagi .

Sheikh Salhab dibebaskan sekitar tujuh jam setelah penangkapannya dengan syarat beliau harus tinggal jauh dari kompleks Masjid Al-Aqsa namun beliau tidak bersstuju dengan syarat tersebut.

Pihak berkuasa Israel menuduh Salhab melanggar larangan menggunakan kawasan Bab Al-Rahma untuk melaksanakan solat.

Sinar Harian melaporkan ketika ini, kawasan timur Haram al-Sharif itu kosong dan umat Islam tidak dibenarkan menggunakan kawasan itu untuk sebarang pembangunan.

Selain itu, fasa awal rancangan Israel adalah untuk melaksanakan pembahagian kawasan dalam al-Aqsa.

Sebelum ini, rejim Zionis telah melakukan pembahagian waktu antara umat Islam dan Yahudi sebagai cara untuk menguasai kompleks Haram al-Sharif tersebut.

Leave a Reply