TUKAR KUNCI BAB AL-RAHMA TAKTIK KUASAI MASJID AL-AQSA

Last Updated on

Ilustrasi Kompleks Masjid Al-Aqsa.

KUALA LUMPUR – Tindakan rejim Zionis menukar kunci yang digunakan di Bab Al-Rahma, Masjid Al-Aqsa 17 Februari lalu mencetuskan kemarahan rakyat Palestin.

Tindakan itu dilihat sebagai usaha memperluaskan lagi penguasaan Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa untuk membina rumah ibadat Yahudi dalam Kompleks Masjid Al-Aqsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr. Sharif Abu Shammalah, usaha menguasai kawasan timur Kompleks Masjid Al-Aqsa merupakan langkah pertama rejim itu merobohkan Masjid Al-Aqsa.

“Langkah pertama mereka ialah mengawal pintu ini, sekaligus membolehkan mereka mengawal keseluruhan kawasan timur. Umat Islam di Baitulmaqdis amat mengetahui perkara ini dan ia bukan lagi rahsia.”

Beliau menambah “Setiap hari Israel menguar-uarkan tentang pembinaan rumah ibadat Yahudi dalam surat khabar. Mereka akan robohkan Masjid Al-Aqsa untuk membina rumah ibadah mereka”.

Menukar kunci di Bab Al-Rahma merupakan langkah awal pelaksanaan proses pembahagian kawasan Masjid Al-Aqsa.

Sebelum ini, rejim Zionis telah pun melaksanakan pembahagian masa di Masjid Al-Aqsa antara Umat Islam dan Yahudi.

Leave a Reply