Lombong emas di Indonesia runtuh

Last Updated on

Pihak penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mangsa dari bawah runtuhan – Foto Sinar Harian

JAKARTA, 27 Februari – Seorang pelombong disahkan terbunuh dan puluhan lagi tertimbus dalam runtuhan lombong emas haram di Indonesia.

Pasukan penyelamat di pulau Sulawesi bergegas mencari mangsa yang terselamat dalam runtuhan batu selepas ia menyebabkan tanah runtuh pada petang semalam.

Sinar Harian melaporkan Sekurang-kurangnya satu mayat ditemui dan 13 yang lain cedera di kawasan Bolaang Mongondow, Sulawesi Utara, kata kenyataan.

“Dianggarkan 60 orang tertimbus di bawah runtuhan tanah dan batu,” kata jurucakap agensi bencana Sutopo Purwo Nugroho.

Nasib kesemua mangsa runtuhan yang masih terperangkap belum diketahui.

Leave a Reply