Penduduk Kashmir lari ke kawasan lebih selamat

Last Updated on

Kebanyakan penduduk di kawasan pertikaian antara India dan Pakistan mula meninggalkan kawasan tersebut – Foto Sinar Harian

SRINAGAR , 28 Februari – Ribuan penduduk Kashmir meninggalkan kediaman masing-masing dan ada sebahagian daripada mereka menggali atau menggunakan semula kubu bawah tanah untuk perlindungan, berikutan ketegangan semakin memuncak antara India dan Pakistan.

Sinar Harian melaporkan daripada agensi AFP, sekurang-kurangnya 2,000 orang bertindak meninggalkan kediaman mereka berhampiran sempadan daerah Kotli dan Jhelum di Pakistan.

 “Lebih ramai orang meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari tempat yang lebih selamat,” kata pegawai kerajaan di Kotli, Umar Azam.

Leave a Reply