29 terkorban akibat serangan militan Al-Shabaab

Last Updated on

Militan Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab ke atas serangan terbaru di Mogadishu. – Foto Sinar Harian

MOGADISH, 1 Mac – Angka kematian serangan bunuh diri menyasarkan sebuah hotel oleh militan Al-Shabaab di Mogadishu semalam meningkat 29 orang, dengan 80 yang lain dilaporkan cedera.

Polis dalam satu kenyataan hari ini berkata, kebanyakkan mangsa adalah orang awam dan angka kematian dijangka bertambah.

Sinar Harian memetik laporan Reuters menyebutkan ia adalah serangan paling dahsyat dilakukan di pusat perniagaan sibuk di Maka Al Mukarama yang memiliki hotel, deretan kedai dan restoran.

Militan sebelum ini mendakwa, pihaknya membunuh 20 orang termasuk pegawai kerajaan dan tentera, serta masih berada dalam Hotel Maka Al Mukarama.

Difahamkan, pasukan keselamatan dan militan masih berbalas tembakan.

Pihak berkuasa turut menutup jalan-jalan utama di Maka Al Mukarama.

Leave a Reply