Islamic Relief Malaysia tiba di Somalia bagi misi kemanusiaan

Last Updated on

Krisis kemanusiaan di Somalia semakin meruncing akibat ketidakstabilan politik – Gambar Hiasan

MOGADISHU – Timbalan Menteri Hal Ehwal Kemanusiaan dan Pengurusan Bencana Somalia, Abdirashid Mohamud Hassan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas projek kemanusiaan yang ditaja Islamic Relief Malaysia (IRM) bersama rakan NGO, Islamic Relief Somalia.

Pihak kementerian turut menjemput Islamic Relief Malaysia untuk mengadakan perbincangan dua hala mengenai isu kemanusiaan di Somalia.

Beliau turut mencadangkan ruang dan peluang lain bagi NGO Malaysia itu terus menaja projek kemanusiaan untuk rakyat somalia yang dihimpit bencana alam dan ancaman keselamatan.

Sementara itu, menurut ketua pegawai eksekutif Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, pertemuan itu memberi gambaran lebih jelas terhadap keperluan mendesak rakyat Somalia.

“Di Somalia, setiap tempat mempunyai keperluan kritikal yg berlainan. Kita serahkan kepada mereka dan Islamic Relief Somalia untuk menentukan keperluan kritikal untuk kita kempen dan biaya. Alhamdulillah, akhirnya kita mengenalpasti keperluan tersebut dan insya Allah kita akan meneruskan kempen dana wakaf air kita.”

Leave a Reply