Zionis potong bekalan air di Lembah Jordan

Last Updated on

Foto Sinar Harian

RAMALLAH, 7 Mac – Penduduk Palestin di perkampungan Berdala di Lembah Jordan terjejas selepas tentera Israel memotong bekalan air bersih di kawasan tersebut.

Mutaz Bisharat, seorang pegawai yang memantau aktiviti penempatan di Tubas dan Lembah Jordan berkata, tentera Zionis memotong bekalan air untuk 60 peratus penduduk kampung Berdala yang berjumlah sekitar 2,600 orang.


Laporan agensi berita yang dipetik Sinar Harian menyatakan tentera Israel turut memotong bekalan air yang disalurkan ke kawasan tanah pertanian di kawasan terbabit.

Bisharat berkata, Israel mendakwa berlaku penyambungan paip haram di perkampungan itu.

“Ini adalah penindasan berterusan Israel. Mereka potong bekalan air untuk penduduk Palestin, tetapi terus membina kolam takungan untuk peneroka haram Yahudi,” katanya.

Justeru, beliau meminta masyarakat antarabangsa dan organisasi hak asasi manusia supaya campur tangan bagi menghentikan pencabulan Zionis.

Leave a Reply