69 yahudi ceroboh masjid Al-aqsa

Last Updated on

BAITULMAQDIS – Sejumlah penduduk haram yahudi yang diiringi polis Israel telah menceroboh kawasan perkarangan masjid Al-aqsa kelmarin.

Israel setiap hari melakukan pencerobohan terhadap masjid Al-aqsa – Foto Al-Quds Foundation

Sumber berita tempatan mengatakan bahawa 69 penduduk haram yahudi memasuki masjid melalui pintu Al-maghariba secara berasingan.

Menurut Al-Quds Foundation Malaysia, masjid Al-aqsa terdedah kepada pencerobohan penduduk haram yahudi setiap hari terutamanya pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Polis Israel menutup gerbang Al-maghariba bagi memudahkan para yahudi memasuki masjid pada pukul 10.30 pagi. Kemudian pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan sesi malam bagi para yahudi.

Semasa kehadiran para yahudi di dalam kompleks masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas umat Islam di pintu masuk masjid dan kad pengenalan diri mereka diambil serta hanya dikembalikan apabila mereka meninggalkan tempat suci itu.

Leave a Reply