LGBT: Tegah penyertaan dari awal – Mufti Perak

Last Updated on

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria

SHAH ALAM – Tindakan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) menyertai himpunan umum yang diadakan sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa, seolah-olah menggalakkan mereka untuk terus muncul di khalayak ramai.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, penglibatan mereka sepatutnya perlu ditegah dari awal lagi.

“Mereka memang semakin berani justeru pihak pengajur jangan benarkan mereka untuk sertai.

“Jika berhimpun di lokasi lain juga (selepas ini) sepatutnya jangan benarkan kepada golongan ini. Jika tidak ditegah dari awal, seolah-olah kita galakkan mereka ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, himpunan yang diadakan di ibu kota oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena Hari Wanita Antarabangsa dicemari dengan kehadiran penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan trnsgender (LGBT)

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam perhimpunan dan perarakan tersebut yang bermula dari pusat beli-belah Sogo hingga Masjid Jamek.

Dalam pada itu, Harussani berkata, sekiranya penganjur tidak mengetahui kehadiran golongan itu, sekurangnya pengawasan perlu dilakukan.

“Sekurangnya kita ada pengawasan bila buat perhimpunan ada golongan begini, jangan bagi masuk,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian ribut yang berlaku di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya pada hari sama selepas perhimpunan yang dikaitkan dengan himpunan LGBT itu, Harussani berkata ia tidak mahu mengulas akan isu berkenaan.

“Ia hanya kebetulan, saya tidak mahu ulas,” jawabnya ringkas. – SINAR HARIAN

Leave a Reply