Perdana Menteri baharu Palestin dilantik

Last Updated on


Mohammad Shtayyeh menerima watikah perlantikan sebagai Perdana Menteri baharu Palestin – Foto Sinar Harian

RAMALLAH, 11 Mac – Presiden Palestin Mahmoud Abbas melantik sekutu lama beliau, Mohammad Shtayyeh sebagai perdana menteri, dalam langkah berterusan mengenepikan Hamas semalam.

Menurut Timbalan Presiden Mahmoud al-Aloul, Shtayyeh yang juga anggota jawatankuasa pusat parti Fatah, diarah menubuhkan kerajaan baharu.

Penganalisa melihat langkah membawa masuk Shtayyeh bagi menggantikan Rami Hamdallah adalah inisiatif Abbas untuk mengasingkan musuh politiknya daripada Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza.

Sinar Harian memetik laporan AFP mengatakan kerajaan baharu didominasi parti Fatah dan beberapa parti kecil, kecuali Hamas.

Leave a Reply