Perhimpunan Hari Wanita Sedunia tiada permit

Last Updated on

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa tidak pernah mengeluarkan permit kepada penganjuran perhimpunan menuntut hak wanita bersempena Hari Wanita Sedunia berhampiran pusat beli-belah di ibu kota Sabtu lepas.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan malah menolak keras sebarang tindakan oleh pihak yang menganjurkan himpunan tanpa permit dan melanggar Akta Himpunan Aman 2012.

Justeru itu beliau menyerahkan perkara ini kepada pihak polis kerana tindakan mereka ini telah melanggar undang-undang.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa memantau sebarang penganjuran perhimpunan yang diadakan di negara ini.

“Kita mempunyai undang-undang dan kita akan bertindak serta bertegas dalam apa pun soalnya, setiap warga Malaysia tidak terkecuali daripada peraturan undang-undang, ini sistem demokrasi, dan kita ada undang-undang jadi mereka harus mematuhinya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Media melaporkan lebih 1,000 orang dikatakan menyertai perhimpunan haram itu yang didakwa disertai penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang menuntut penghapusan diskriminasi gender, menghentikan keganasan terhadap wanita dan kesaksamaan gender.

Leave a Reply