Zionis culik dua kanak-kanak Palestin

Last Updated on

Israel semakin kerap melakukan operasi menahan warga Palestin kebelakangan ini. – Foto Al-Quds Foundation

BAITULMAQDIS, 11 Mac – Pada malam Ahad lalu, tentera Israel menculik dua kanak-kanak Palestin Aqsa ketika mereka dalam perjalanan keluar daripada Masjid Al-Aqsa.

Sumber media di Al-Quds (Baitulmaqdis) menyebutkan tentera zionis menahan dua kanak-kanak tersebut dan membawanya ke satu lokasi untuk disoal siasat.

Al-Quds Foundation melaporkan kedua-dua kanak-kanak yang masih belum dikenali identiti mereka semasa laporan ini dibuat, ditahan ketika meninggalkan masjid melalui pintu Bab al-Majlis.

Selain itu, tentera Israel turut menculik seorang pemuda yang dikenali sebagai Ahmad Abdul Karim Jaradat di ladang Majr Bin Amer.

Ladang tersebut merupakan kawasan pertanian terbesar di Palestin, terletak berhampiran Jenin.

Pihak zionis membawa Ahmad ke kem tentera Salem untuk tujuan yang tidak diketahui.

Leave a Reply