Kotak Hitam Ethiopian Airlines ditemui

Last Updated on

Antara serpihan pesawat Ethiopian Airlines yang ditemui semalam. – Foto Sinar Harian

ADDIS ABABA, 12 Mac – Perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines yang terhempas berjaya ditemui di lokasi nahas bertempat di bandar Bishoftu, kira-kira 60 kilometer, tenggara Addis Ababa.

Pesawat membawa 149 penumpang dan lapan anak kapal dari Addis Ababa menuju ke Nairobi terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Bole pada kira-kira jam 8.38 pagi waktu tempatan, kelmarin.

Berdasarkan laporan Reuters yang dipetik Sinar Harian, penemuan tersebut disahkan oleh pihak Ethiopian Airlines yang turut memaklumkan kotak hitam itu mengalami sedikit kerosakan dan masih tidak dapat dipastikan sekiranya sebarang data dapat diperolehi.

Leave a Reply