Wakaf Pendidikan MAIWP instrumen bermanfaat untuk IPT

Last Updated on

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berucap sewaktu Majlis Pelancaran Wakaf Pendidikan Tinggi di Hotel Putra, Kuala Lumpur petang tadi.

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melancarkan perkhidmatan terbarunya, Wakaf Pendidikan Tinggi dalam merancakkan lagi penggunaan instrumen wakaf bagi pembangunan umat Islam, hari ini.

Inisiatif ini diperkenal untuk memberi manfaat kepada institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menampung kos aktiviti akademik selain memudahkan pelajar melalui pemberian biasiswa dan elaun.

Untuk tujuan itu, lima buah IPT diberi kelulusan untuk melaksanakan kutipan wakaf pendidikan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL).

Majlis Pelancaran Wakaf Pendidikan Tinggi ini dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof di ibu negara petang tadi.

Leave a Reply