Senat AS lulus resolusi tamat perang Yaman

Last Updated on

Ramai yang tidak bersetuju perang yang dilancarkan ke atas Yaman. – Foto Sinar Harian

WASHINGTON, 14 Mac – Senat Amerika Syarikat (AS) diketuai Republikan semalam meluluskan rang undang-undang untuk menamatkan sokongan negara itu terhadap pakatan perang pimpinan Arab Saudi di Yaman.

Laporan BBC yang dipetik Sinar Harian menyatakan keputusan tersebut dianggap tamparan buat Presiden Donald Trump yang selama ini menyokong usaha negara Arab berkenaan dan pemimpinnya.

Ia juga cubaan untuk mengekang kuasa presiden sekali gus menamatkan penglibatan tentera AS dalam konflik negara Arab itu dalam tempoh 30 hari.

Trump bagaimanapun, berikrar untuk menggunakan kuasa veto terhadap keputusan terbabit sekiranya resolusi itu dibawa ke pihak Kongres yang dikuasai parti Demokrat.

Menyifatkan Arab Saudi sebagai sekutu penting, AS menjual senjata kepada negara Arab itu sementara pasukan ketenteraan memberi sokongan logistik dan risikan bagi membolehkan tentera pakatan melancarkan serangan dron.

Perang Yaman yang bermula pada 2015 menyebabkan kematian ribuan warganya manakala berjuta lagi berdepan krisis kebuluran.

Leave a Reply