Yahudi rancang laksana ritual sembelih binatang di Aqsa

Last Updated on

Aktivis yahudi rancang roboh Masjid Al-Aqsa – Foto Al-Quds Foundation

BAITULMAQDIS, 14 Mac – Aktivis Yahudi yang ingin melihat kuil yahudi dibina di tapak masjid Al-Aqsa memaklumkan kepada media bahawa sebuah altar bakal dibina di atas kuil tersebut bagi upacara korban haiwan.

Menurut akhbar Haaretz, para aktivis yang sedang mempersiapkan kuil itu telah berlatih selama sedekad yang lalu untuk melaksanakan ritual tersebut.

“Kita bakal mempunyai altar yang besar,” kata aktivis Shimshon Elboim kepada akhbar.

Setakat ini, sesi latihan telah diadakan termasuk latihan menyembelih binatang di ‘altar sementara’ yang diperbuat daripada kayu di kawasan berhampiran dinding barat Masjid.

Leave a Reply