Turki desak dunia hentikan ‘keganasan Islamophobia’

Last Updated on

Kejadian terbaru di New Zealand melambangkan elemen islamophobia yang masih menebal di kalangan masyarakat dunia – Foto Sinar Harian

ANKARA, 15 Mac – Turki mendesak dunia segera bertindak untuk menghentikan ‘keganasan Islamophobia’, berikutan serangan bersenjata di dua masjid di New Zealand, lapor agensi berita Anadolu memetik jurucakap presiden Turki pada Jumaat.

“Serang di dua masjid itu jelas menggambarkan Islamophobia yang semakin menebal terhadap umat Islam,” kata jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalin di Twitternya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas tragedi berdarah di dua masjid Christchurch yang menyaksikan sekurang-kurangnya 40 nyawa menjadi korban.

“Tindakan pengecut ini membuktikan betapa rasa benci dan anti-Islam membawa kepada perbuatan membunuh. Dunia tidak harus berdiam diri dan perlu mengecam sekeras-kerasnya Islamophobia,” kata Kalin.

Sinar Harian memetik laporan Bernama menyebutkan setakat ini, empat orang ditahan berhubung kejadian itu, menurut polis New Zealand.

Pengarah komunikasi presiden Turki, Fahrettin Altun menerusi Twitternya turut mengutuk serangan kejam itu.

“Ini adalah amaran pentingnya umat Islam bersatu kerana perpecahan boleh mengundang kehancuran, sudah tiba masanya semua berganding bahu menentang segala bentuk keganasan,”  kata Altun.

Leave a Reply