Insiden NZ: Trump membisu

Last Updated on

Sesetengah pemimpin dunia bersikap berat sebelah isu jenayah ke atas umat Islam. – Foto Sinar Harian

WASHINGTON, 18 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilihat mengambil pendekatan berdiam diri ketika beberapa pemimpin dunia mengutuk keras serangan masjid di New Zealand, hari ini.

50 maut dan puluhan lagi cedera selepas penyerang kulit putih, Brenton Tarrant menyasarkan dua masjid di bandar Christchurch.

Salah satu serangan di masjid Al Noor turut disiarkan secara langsung di media sosial.

Tinjauan di Twitter Trump turut mendapati akaunnya kali terakhir dikemas kini kira-kira lapan jam lalu.

Malah, Rumah Putih juga tidak mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk serangan tersebut.

Leave a Reply