Mahkamah Israel arah tutup Bab Al-Rahma

Last Updated on

Umat Islam solat berjemaah di Bab al-Rahma selepas ia dibuka. – Foto Al-Quds Foundation

BAITULMAQDIS, 18 Mac – Media tempatan melaporkan pada ahad lepas, mahkamah Israel mengeluarkan perintah penutupan kawasan Bab Al-Rahma di Masjid al-Aqsa.

Al-Quds Foundation melaporkan mahkamah Majistret Al-Quds telah meluluskan permohonan Ketua Hakim untuk melanjutkan penutupan tersebut.

Bab al-Rahma pertama kali ditutup oleh pihak Israel pada 2003 dan dilanjutkan pada 2017.

Pada pertengahan Februari tahun ini, badan berkuasa Awqaf Al-Quds (agensi yang diberi kuasa untuk menguruskan tempat suci  Islam dan Kristian di Baitulmaqdis) telah membuka  kembali Bab al-Rahma setelah penduduk Palestin melancarkan tunjuk perasaan.

Keputusan Israel untuk menutup kembali Bab Al-Rahma telah mencetuskan kemarahan daripada pihak Jordan.

Jordan menuntut agar Israel menarik kembali keputusan tersebut sambil mengingatkan bahawa pihak Israel bertanggungjawab sekiranya berlaku  sebarang  ‘tindak balas‘  akibat keputusan itu.  

Leave a Reply