Serang guna tukul di luar masjid di London

Last Updated on

Ideologi ‘white supremacy’ wajib dibenteras bagi membendung kegiatan terorisma yang bersifat perkauman. – Foto sumber internet

LONDON, 18 Mac – Seorang lelaki cedera diserang dengan tukul besi dan kayu baton di luar sebuah masjid di timur London. Insiden berlaku beberapa jam selepas insiden serangan dua masjid di Christchurch, New Zealand.

Menurut beberapa saksi, tiga lelaki melaungkan kata-kata berunsur Islamofobia ketika melalui kawasan masjid yang terletak di Cannon Street Road.

Kemudian, beberapa lelaki Islam mengikut kenderaan suspek sebelum sorang daripadanya keluar dari kereta dan memukul mangsa menggunakan tukul.

Mangsa yang berusia 27 tahun cedera di bahagian kepala.

Kesemua lelaki tersebut juga melabel umat Islam yang menunaikan solat Jumaat sebagai ‘pengganas’.

Leave a Reply