Saya maafkan pembunuh isteri saya

Last Updated on

Farid Ahmad memaafkan Brenton Tarrant yang telah membunuh isterinya – Foto Sinar Harian

CHRISTCHURCH, 19 Mac – Seorang lelaki yang kehilangan isterinya dalam serangan ganas di Christchurch berkata beliau tidak menyimpan sebarang rasa benci terhadap Brenton Tarrant, pengganas kulit putih yang melepaskan tembakan di dua masjid di Christchurch, kelmarin.

Sebaliknya, Farid Ahmad berkata kemaafan adalah jalan terbaik untuk terus bergerak ke hadapan.

“Saya akan katakan padanya, saya sayang dia sebagai seorang manusia’,” kata Farid.

Ketika ditanya apakah beliau dapat memaafkan Tarrant , Farid berkata: “Sudah tentu. Perkara terbaik adalah kemaafan, kemurahan hati, kasih sayang, dan sifat positif.”

Husna Ahmed, 44, adalah antara 50 orang mangsa yang terkorban, dan sekurang-kurangnya empat orang wanita terbunuh dalam serangan ganas terhadap dua masjid yang sedang menunggu waktu untuk menunaikan solat Jumaat.

Sinar Harian yang memetik laporan AFP menyebutkan apabila kejadian tembakan bermula, Husna membantu beberapa orang lain melarikan diri dari dewan wanita dan kanak-kanak.

“Dia menjerit ‘keluar ikut sini, cepat-cepat’ dan dia bawa banyak anak-anak dan wanita ke tempat yang selamat.

“Kemudian dia kembali untuk memeriksa saya, kerana saya berada di kerusi roda, dan ketika dia menghampiri pintu, dia ditembak, dia sibuk menyelamatkan nyawa, sehingga melupakan dirinya sendiri,” kata Farid.

Leave a Reply