Insiden Islamofobia berlaku di Sydney pula

Last Updated on

Kereta seorang guru muslim di Sydney menjadi sasaran Islamofobia . – Foto Sinar Harian

CANBERRA, 25 Mac – Sentimen rasis dan Islamofobia semakin meningkat di Sydney dan dalam kejadian terbaharu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik seorang guru menjadi sasaran anti-Islam.

Guru wanita yang mengajar di barat Sydney itu terkejut apabila mendapati kenderaannya dipenuhi sampah selepas tamat sesi persekolahan pada Khamis lalu.

Lebih menjijikkan, keempat-empat pemegang pintu SUV tersebut disumbat dengan tuala wanita.

Perbuatan keji itu berlaku kurang seminggu selepas serangan pengganas di New Zealand yang meragut 50 nyawa.

Sinar Harian memetik laporan agensi berita menyebutkan sumber rapat memberitahu, pelaku berkemungkinan penduduk di kawasan kejiranan itu yang mempunyai perasaan anti-Islam membuak-buak.

Polis dipanggil ke lokasi kejadian namun setakat ini tiada tangkapan dibuat.

Difahamkan, nama kawasan kejiranan dan sekolah tempat wanita itu mengajar dirahsiakan bagi mengelak situasi bertambah tegang.

Leave a Reply