Bhashan Char ‘pulau maut’ buat pelarian Rohingya

Last Updated on

Maung Zarni (kanan) bersama salah seorang pelarian Rohingya. – Foto sumber internet

GOMBAK – Koordinator Hal Ehwal Strategik Free Rohingya Coalition, Maung Zarni menyifatkan tindakan memindahkan pelarian berkenaan ke pulau Bhashan Char sebagai “sengaja” meletakkan mereka di dalam bahaya.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran keengganan 100 ribu pelarian Rohingya di Bangladesh untuk berpindah ke pulau berlumpur tersebut yang terletak berdekatan Teluk Bengal kerana ia tidak selamat untuk didiami, malah berdepan risiko nyawa.

Beliau ditemui media selepas menghadiri program “International Symposium On the Path to Justice for the Rohingyas” di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, hari ini.

Menurut beliau, 60 peratus kawasan pulau itu berisiko untuk tenggelam khususnya pada musim monsun.

Lebih dahsyat lagi, kem penempatan baharu itu dibina dengan menara kawalan dilengkapi anggota keselamatan bersenjata. Ia tidak ubah seperti kem Uighur di Xinjiang, China, katanya lagi.

Ketika ini, PBB sedang merangka pelan bagi membantu Bangladesh merealisasikan pemindahan tersebut.

Memetik laporan media antarabangsa, Dhaka akan memulakan proses pemindahan pelarian ke pulau Bhashan Char bermula 15 April depan.

Leave a Reply