Parti AKP bantah keputusan pilihanraya

Last Updated on

Parti AKP yang diwakili Erdogan tewas di Istanbul dan Ankara pada pilihanraya terbaru. – Foto AFP

ISTANBUL, 3 April – Parti pimpinan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah memutuskan untuk mengemukakan bantahan terhadap keputusan pilihan raya tempatan di kesemua 39 daerah di Istanbul, menurut akhbar Hurriyet, hari ini.

Laporan Reuters yang dipetik Sinar Harian menyebutkan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dilaporkan kehilangan kawalan ke atas dua bandar terbesar, Istanbul dan Ankara dalam keputusan mengejutkan yang turut memberi tamparan hebat kepada Erdogan.

Ia menegaskan akan menggunakan hak mereka untuk menolak keputusan tersebut yang didakwa berlaku penyelewengan undi.

Ketidakpastian itu telah menyebabkan mata wang lira menjadi lemah sebanyak dua peratus berbanding dolar atas kebimbangan terhadap ketegangan baharu dengan Amerika Syarikat selepas ia menggantung penghantaran peralatan dikaitkan dengan jet pejuang F-35 ke Turki.

Di Istanbul, calon datuk bandar parti pembangkang, Parti Rakyat Republikan (CHP), Ekrem Imamoglu dilaporkan mendahului bekas perdana menteri, Binali Yildrim daripada parti AKP dengan kira-kira 25,000 undi.

Leave a Reply