Pendatang Yahudi bunuh penduduk Palestin

Last Updated on

Mohammad Abdul-Fattah

NABLUS — Seorang pendatang Yahudi menembak mati pemuda Palestin Mohammed Abdul-Fattah dan mencederakan seorang yang lain berdekatan sekatan tentera Huwwara di bandar Beita, Nablus, Kelmarin.

Mohammed dikejarkan ke Hospital Beilinson di Petah Tikva, timur Tel Aviv, selepas cedera parah ditembak dengan peluru hidup, dan diisytiharkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital Zionis itu.

Pendatang terbabit, Joshua Sherman yang tinggal di kawasan penempatan haram Elon Moreh di timur laut Nablus, mendakwa mangsa cuba membuat serangan menikam.

Berdasarkan laporan yang dipetik oleh Haluan Palestin, ketika kejadian, pendatang Yahudi tersebut menyekat jalan dengan kenderaannya, menghalang laluan lori yang dipandu oleh Mohammed. Selepas Mohammed keluar dari lorinya, beliau ditembak.

Khaled Rawajbeh

Sementara Khaled Rawajbeh, 22, yang berada di lokasi tersebut turut terkena tembakan, menyebabkan kecederaan di bahagian perut. Beliau dikejarkan ke Hospital Rafidia.

Leave a Reply