RON97 naik 5 sen

Last Updated on

Harga runcit ron 95 dan diesel kekal. – Foto Sinar Harian

PUTRAJAYA, 12 April – Harga runcit bagi petrol RON97 naik 5 sen daripada RM2.63 kepada RM2.68 seliter berkuatkuasa tengah malam sehingga 19 April ini.

Harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel dikekalkan iaitu masing-masing pada harga RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan melalui kenyataan media menjelaskan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 13 April 2019 sehingga 19 April 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.38 seliter dan RM2.39 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata kenyataan itu hari ini.

Harga runcit bagi RON95, RON97 dan diesel kembali diselaraskan secara mingguan bermula 1 Januari lalu susulan penurunan harga minyak mentah global secara berterusan. – Sinar Harian

Leave a Reply