Masjid al-Aqsa turut alami kebakaran

Last Updated on

Masjid al-Aqsa dilaporkan mengalami kebakaran kecil. – Foto Sinar Harian

BAITULMAQDIS, 16 April – Satu kebakaran kecil dilaporkan berlaku di kawasan kompleks Masjid Al-Aqsa pada hari sama Gereja Notre Dame di Paris terbakar.

Menurut laporan The New Arab yang memetik kenyataan Antar Al-Hazmawi seorang pengawal di Masjid Al-Aqsa, kebakaran dipercayai berpunca dari sebuah bilik pengawal di luar bumbung Masjid Marwani.

Pasukan bomba daripada jabatan pihak berkuasa Wakaf dikatakan berjaya mengawal kebakaran sementara kawasan kejadian ditutup bagi menyiasat punca sebenar kebakaran.

Sementara itu, siasatan berhubung kebakaran dilaporkan kini dijalankan termasuk menyoal siasat seorang pengawal yang sepatutnya bertugas ketika insiden berlaku. – Sinar Harian

Leave a Reply