11 kamera AWAS ditambah di lebuhraya PLUS

Last Updated on


Gambar hiasan. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR – Sebelas kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) dijangka akan ditambah di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata lokasi-lokasi itu yang sering berlaku kemalangan akan menjadi tumpuan pemasangan.

Pemilihan lokasi akan diputuskan selepas kajian dibuat bersama beberapa pihak berkaitan termasuk PLUS Malaysia Berhad dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang dijangka siap tahun ini.

Antara tempat yang akan diberi tumpuan yang lebih awal ialah Terowong Menora di Ipoh yang kerap berlaku kemalangan, jelas beliau selepas majlis penyampaian kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disumbangkan PLUS di Persada PLUS, di Petaling Jaya hari ini.

Terdapat 19 kamera AWAS yang sedia ada di lebuh raya kendalian PLUS dan PLUS akan menanggung kos pemasangan 11 unit itu, yang dianggarkan berjumlah RM3 juta, selain penyelengaraan berkala.

Selain itu, Kamaruddin juga menyatakan PLUS menyumbang 10 unit kenderaan penguatkuasa Honda CRV kepada JPJ untuk tujuan rondaan dan penguatkuasaan JPJ di sepanjang lebuh raya di bawah seliaan PLUS.

Leave a Reply