Suami Syazlin letak jawatan sebagai Setiausaha Akhbar Zuraida

Last Updated on


Ahmad Soffian Mohd Shariff

KUALA LUMPUR – Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ahmad Soffian Mohd. Shariff meletakkan jawatannya bermula hari ini.

Beliau memaklumkan peletakan jawatannya dalam mesej kepada wartawan melalui WhatsApp hari ini.

Tindakan itu dilakukan dua minggu selepas isterinya, Syazlin Mansor menarik diri sebagai peguam dalam inkues menentukan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Syazlin Mansor sebelum ini dilantik untuk mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam prosiding tersebut, namun diminta tarik diri oleh Peguam Negara, Tommy Thomas atas alasan berada dalam kedudukan konflik kepentingan kerana beliau mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, juga keluarga Muhammad Adib Mohd.

Tommy Thomas berkata, Syazlin mengambil kedudukan yang bercanggah sebagai Timbalan Pendakwa Raya yang merupakan pegawai yang menjalankan prosiding.

Leave a Reply