‘Ada cubaan kacau ganggu prosiding inkues Adib’

Last Updated on

Sidang akbar Syazlin Mansor (tiga dari kiri) anjuran Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di ibu pejabat Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini bagi menjelaskan perkara sebenar berkaitan penarikan diri Syazlin daripada prosiding inkues Adib.

KUALA LUMPUR – Peguam, Syazlin Mansor kembali mewakili keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam prosiding inkues berkaitan punca kematian mangsa.

Menurut beliau ayah Allahyarham Muhammad Adib pernah berjumpa dengan beliau dan merayu agar beliau terus mewakili keluarga mereka dalam prosiding inkues ini.

Beliau turut menyatakan pandangan tentang wujudnya unsur kacau ganggu dalam prosiding inkues tersebut setelah meneliti kronologi kes ini, di mana isu konflik kepentingan dan pelantikan beliau dibangkitkan apabila beliau mula menyoal teori pakar forensik patologi HKL, Dr Ahmad Hafizam Hasmi, dan membawa saksi pakar Profesor Dr Shahrom Abd Wahid untuk membantu inkues.

“Pada pandangan saya, ada cubaan untuk mengacau ganggu prosiding inkues ini terutamanya dalam hal berkaitan keterangan yang dikemukakan saksi pakar,” katanya dalam sidang akhbar yang dianjurkan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di ibu pejabat Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini.

Beliau juga turut menjawab empat sebab yang dikemukakan Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung arahan untuk menghentikan lantikannya oleh kementerian itu dalam prosiding inkues Adib.

Peguam Negara Tommy Thomas sebelum ini berkata Shazlin digugurkan kerana mempunyai  percanggahan kepentingan kerana mewakili tiga pihak sekali gus, iaitu kementerian, Jabatan Peguam Negara dan keluarga Adib.

Leave a Reply