Taktik jahat Zionis tahan penduduk Palestin

Last Updated on

Kehadiran polis Israel mencetuskan ketegangan di kawasan kejiranan al-Issawiya di timur Baitulmaqdis. – Foto Sinar Harian

BAITULMAQDIS, 5 Julai – Rejim Zionis menahan seorang wanita Palestin di timur Baitulmaqdis dalam usaha memberi tekanan kepada anak lelakinya supaya menyerah diri kepada polis Israel.

Pusat Media Wadi Hileh (WHIC) berkata, ibu kepada Mahmoud Ebeid ditahan secara paksa di kawasan kejiranan al-Issawiya semalam.

Difahamkan, nama Ebeid dalam senarai orang dikehendaki polis Israel.

Terdahulu, polis Israel menahan tiga pemuda Palestin berhampiran Pagar Damsyik di Kota Lama.

Sinar Harian yang memetik laporan agensi berita menyebutkan ketegangan memuncak di wilayah diduduki sepanjang minggu ini, terutamanya di al-Issawiya selepas seorang pemuda dibunuh polis Israel.

Sejak kejadian itu, berpuluh orang ditahan atau cedera akibat tindakan keras terbabit.

Leave a Reply