CUCU NELSON MANDELA KECAM DASAR APARTEID ISRAEL

Last Updated on

Ahli Parlimen Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), Zwelivelile Mandela

LONDON, 8 Julai – Ahli Parlimen Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), Zwelivelile Mandela yang merupakan cucu kepada ‘hero’ anti-aparteid, Nelson Mandela itu dalam satu pernyataan solidariti antara Afrika Selatan dan Palestin mengutuk dasar aparteid yang dijalankan oleh rejim Zionis di bumi Palestin.

ANC merupakan parti pemerintah Afrika Selatan.

Menurut laporan Al-Jazeera, Zwelivelile membuat kenyataan itu pada Ekspo Palestin, acara tahunan di London yang bertujuan mempamerkan sejarah, warisan dan budaya Palestin.

Tegas beliau, Nation-State Law (undang-undang negara bangsa) yang mengisytiharkan Israel sebagai tanah air bersejarah bangsa Yahudi ‘mengesahkan karakter sebenar dan realiti Israel sebagai negara aparteid’.

Beliau turut menggariskan dasar aparteid terhadap kaum kulit hitam Afrika Selatan – daripada kewujudan ‘bantustan’ (wilayah yang diketepikan untuk kulit hitam Afrika Selatan) kepada pengambilan tanah.

“Semua ciri-ciri ini dilaksanakan dalam aparteid Israel tetapi kini telah diberi status dan ungkapan Perlembagaan oleh Nation-State Law,” katanya.

Leave a Reply