Kilang proses durian wujudkan 1,200 peluang kerja

Last Updated on

Kilang durian Hatyai, Songkhla yang mula beroperasi semalam dijangka memproses 12 juta tan durian setahun

KUALA LUMPUR – Kilang pemprosesan durian, Food Co Ltd (Manguwan) di Hatyai, Songkhla, selatan Thailand yang mula beroperasi semalam akan mewujudkan 1,200 peluang pekerjaan dan memajukan ekonomi di wilayah itu.

Kilang pemprosesan durian Manguwan yang terletak di tanah seluas 5.44 hektar di Thepa, Songkhla merupakan salah satu daripada tiga kilang pemprosesan durian di Thailand.

Ketua Pegawai Eksekutif Manguwan Xiao Yaoheng berkata kilang pemprosesan itu dengan jumlah pelaburan sebanyak 700 juta baht itu dijangka mewujudkan 1,200 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, lapor Bernama.

Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk memajukan ekonomi di wilayah selatan Thailand dan meningkat taraf hidup masyarakat setempat.

Kilang yang berupaya memproses 12 juta tan durian setahun itu dirasmikan oleh wakil rakyat Parti Demokrat dan bekas Presiden Dewan Pentadbiran Wilayah Songkla, Nipon Bunyamani.

Hadir sama ialah Setiausaha Agung Southern Border Provinces Administrative Center (SBPAC) Somkeart Ponprayoon.


Leave a Reply