Permit mengelirukan, kucing ditahan

Last Updated on

Kucing baka British short hair yang ditahan pihak Maqis di Kompleks Kargo KLIA, Sepang pada 1 Ogos lalu berikutan permit importnya yang mengelirukan.

SEPANG – Kerana Permit Import yang mengelirukan, seekor kucing ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Kompleks Kargo KLIA di sini pada 1 Ogos 2019.

Ketua Pintu Masuk MAQIS KLIA Kargo, Tuan Mohamed Maelah dalam satu kenyataanya kepada media semalam berkata, kucing yang sedang ditahan untuk siasatan lanjut itu antara 12 ekor kucing lain yang diimport dari Russia.

Kes yang disiasat di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) iaitu mengemukakan permit palsu, tidak tepat atau mengelirukan. Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sebelum itu, dalam kejadian berasingan pada 29 Julai 2019, MAQIS juga berjaya menahan tiga anak pokok bonsai yang diimport dari Tanzania, Afrika tanpa Permit Import MAQIS yang sah.

MAQIS sebagai jabatan yang bertindak memantau pintu masuk negara sentiasa memastikan haiwan peliharaan atau tumbuhan yang dibawa masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Leave a Reply